freindship

Monday, February 11, 2013

Panduan Kemasukan

oke harini saya nak share mengenai fenomena yang sedang berleluasa kini, :)
Minggu ini, semua pelajar yang akan memasuki MRSM mesti  sedang excited untuk pergi menimba ilmu di sekolah baru, exspecially adik-adik yang akan masuk ke MRSM tu, dalam entry harini saya nak share khas untuk family yang akan pergi menghantar anak ke MRSM dam juga adik-adik yang x sabar nak tinggal kat asrama jauh dari family tu :)


1. SYARAT TAWARAN

1.1. Tawaran ini  TERBATAL sekiranya anda tidak memenuhi syarat seperti yang berikut:
1.1.1. Warganegara Malaysia.
1.1.2. Memenuhi syarat kemasukan seperti yang diiklankan.
1.1.3. Sihat tubuh badan serta tidak mengidap penyakit lelah, jantung, leukemia, batuk kering atau penyakit lain yang berjangkit dan berbahaya.
1.1.4. Tiada kecacatan anggota yang boleh menghalang anda daripada mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum atau tidak berupaya naik turun bangunan.
1.1.5. Memberi maklumat yang benar.

SEMASA BERADA DI MRSM JIKA DIDAPATI ANDA TIDAK DAPAT MENGIKUTI PERSEKOLAHAN DENGAN SEMPURNA ATAS SEBAB KESIHATAN, MARA BERHAK MENAMATKAN PENGAJIAN ANDA.

SEMUA MAKLUMAT MENGENAI KEMASUKAN KE MRSM BOLEH DIDAPATI DALAM ENTRY2  YANG LAIN K.. ;)



PERATURAN PAKAIAN PELAJAR MRSM

PERSIAPAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
KEPERLUAN HARIAN
BUKU TEKS&TAMBANG
BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN BANTUAN KEWANGAN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MRSM
CARA BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM TINGKATAN 1 & 4












CARA BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM TINGKATAN 1 & 4


LAMPIRAN 3

CARA BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM TINGKATAN 1 & 4

Bayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum pendaftaran dan dikenakan ke nombor akaun perseorangan pelajar (no.pelajar) seperti yang dinyatakan di ruangan sebelah kanan atas Surat Tawaran pelajar. Contoh nombor akaun perseorangan pelajar (no.pelajar) adalah seperti berikut :-
Contoh : Bayaran pendaftaran untuk pelajar Mohd Afiq  B Ahmad 
No. Akaun Perseorangan Pelajar (No.Pelajar) : 331220073035
 Amaun bayaran yuran pendaftaran RM 270.00

Sila pastikan nombor akaun perseorangan pelajar yang digunakan adalah seperti yang tertera pada Surat Tawaran pelajar.

Bayaran yuran pendaftaran boleh dibuat melalui kemudahan seperti berikut :-

Kemudahan / Perkhidmatan

Tempat Bayaran

Cara Bayaran Jenis Dokumen sebagai bukti pengesahan bayaran

MARA
i. Kaunter Bayaran   Tingkat 2, Ibu   Pejabat MARA,   K.Lumpur
ii. Kaunter Bayaran    Pejabat MARA    Negeri
 iii.Kaunter Bayaran    Pejabat MARA    Daerah
Lengkapkan Borang Bayaran di kaunter bayaran MARA untuk membuat bayaran.
        I.            Borang Bayaran Di Kaunter MARA
      II.            Resit Rasmi MARA (Dapatkan resit rasmi MARA)
Kaunter Bank
·         BSN
·         BIMB
Lengkapkan Slip Bayaran di kaunter BSN / BIMB di cawangan berdekatan untuk membuat bayaran
Slip Bayaran
Perbankan Internet *
Perbankan Internet *

·         Maybank2u
·         CIMB
·         BIMB
·         PB

#Cetakan skrin yang menunjukkan bukti pengesahan transaksi bayaran
Maybank CIMB BIMB Public Bank
Layari laman web bagi Perbankan Internet berikut untuk membuat bayaran :- 1)Maybank2u– http://www.maybank2u.com.my 2) CIMB – http://channel- e.com.my
4) Public Bank – http://www.PBebank.com

ATM
·         BIMB
Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM BIMB
Slip Bayaran
SMS
·         BIMB
Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui SMS
Cetakan Penyata Bank yang menunjukkan transaksi bayaran
 Kemudahan Perbankan Internet, ATM dan SMS hanya disediakan untuk pemegang akaun bank terbabit sahaja.
Panduan terperinci bagi membuat bayaran melalui kemudahan bank boleh didapati di Laman Web MARA ( http://www.mara.gov.my ) .


Bukti Pengesahan Bayaran
Sebagai bukti pengesahan bayaran yuran pendaftaran, sila bawa dokumen berikut semasa pendaftaran pelajar di kaunter-kaunter MRSM :-

a) Salinan asal Resit Rasmi MARA / Dokumen pengesahan bayaran untuk pengesahan bayaran yuran pendaftaran; dan
b) Salinan fotostat Resit Rasmi MARA / Dokumen pengesahan bayaran untuk diserahkan di kaunter-kaunter MRSM.

Contoh Resit Rasmi / Dokumen pengesahan bayaran adalah seperti di Lampiran A hingga E.

PANDUAN RINGKAS MEMBUAT BAYARAN MELALUI BANK
KAUNTER BANK (BSN DAN BIMB)

1. Pembayar lengkapkan Slip Bayaran Bil yang disediakan oleh pihak bank.
2. Isikan maklumat bayaran termasuk No. K/Pengenalan (Baru) dan no.akaun perseorangan pelajar (no.pelajar) pada ruangan yang disediakan. Pastikan no.akaun perseorangan pelajar (no.pelajar) adalah betul.
3. Serahkan Slip Bayaran kepada kerani kaunter bersama-sama wang tunai. Bagi BIMB, bayaran secara Debit Akaun Bank pembayar boleh dibuat di kaunter bank dengan menyerahkan Buku Bank bersama Slip Bayaran.
4. Satu salinan Slip Bayaran yang telah diproses akan dipulangkan kepada pembayar. Sila simpan Slip Bayaran sebagai rujukan serta bukti pengesahan bayaran.

PERBANKAN INTERNET (MAYBANK / CIMB / BIMB / PUBLIC BANK)

1. Pemegang akaun bank yang mempunyai kad ATM perlu mendapatkan Nombor PIN di mana- mana mesin ATM bank untuk mendaftar sebagai pengguna Internet bank terbabit.
2. Layari laman web perbankan Internet Maybank2u.com.my atau Channel-e.com.my atau BankIslam.biz untuk mendaftar sebagai pengguna baru perbankan Internet. Masukkan Nombor Kad ATM dan Nombor PIN di medan yang disediakan.
3. Setelah pengguna Internet didaftarkan, pilih skrin bagi membuat bayaran. Masukkan Username/UserID dan Password. Pilih MARA sebagai “Payee Corporation” dan seterusnya masukkan maklumat bayaran termasuk No. K/Pengenalan (Baru) dan no.akaun perseorangan pelajar (no.pelajar) di medan yang disediakan.
4. Setelah maklumat disahkan, satu skrin yang memaklumkan transaksi bayaran berjaya dibuat akan dipaparkan. Cetak skrin tersebut untuk disimpan sebagai rujukan serta bukti pengesahan bayaran.

PERKHIDMATAN ATM (BIMB)

1. Pemegang akaun bank yang mempunyai kad ATM perlu mendapatkan Nombor PIN di mana- mana mesin ATM bank untuk mendaftar sebagai pengguna Internet bank terbabit.
2. Layari laman web perbankan Internet BankIslam.biz untuk mendaftar sebagai pengguna baru perbankan Internet. Masukkan Nombor Kad ATM dan Nombor PIN di medan yang disediakan.
3. Daftarkan no.akaun perseorangan pelajar (no. pelajar) di laman web bankislam.biz. di menu BILL PAYMENT MAINTENANCE. Anda akan diberikan Nombor Kod “Payee Corporation” bagI
tujuan membuat pembayaran.
4. Bila membuat bayaran di mesin ATM, masukkan kad ATM dan tekan Nombor PIN.
5. Pilih menu PEMBAYARAN BIL, pilih akaun bank yang ingin didebitkan dan masukkan Nombor Kod “Payee Corporation” serta amaun yang ingin dibayar.
6. Buat pengesahan transaksi bayaran sebelum mengambil Slip Transaksi sebagai bukti pengesahan bayaran.

PERKHIDMATAN SMS (BIMB)
1. Daftar sebagai pengguna SMS di mana-mana mesin ATM BIMB. Masukkan 10 digit nombor telefon bimbit pengguna. BIMB akan menghantar Nombor PIN secara SMS dan arahan supaya menukar kepada Nombor PIN baru.
2. Tukar nombor PIN yang baru dengan menaip CPIN<No.PIN Lama><No.PIN baru>. Hantarkan kepada 32462. BIMB akan menghantar pengesahan nombor PIN yang telah ditukar secara SMS.
3. Daftarkan no.akaun perseorangan pelajar (no. pelajar) di laman web bankislam.biz. di menu BILL PAYMENT MAINTENANCE. Anda akan diberikan Nombor Kod “Payee Corporation” bagi tujuan membuat pembayaran.
4. Bagi membuat bayaran melalui SMS, pilih “Write Message”. Taip mesej mengikut format BPY<SPACE>FRA/C<SPACE>AMT<SPACE>AMT<SPACE>PIN seperti contoh : BPY 1234 5851 500 56789. Format mesej SMS boleh didapati di laman web bankislam.biz atau Kad Panduan SMS di mana-mana cawangan BIMB.
5. Tekan butang SEND. Masukkan 32462. Tekan butang OK. BIMB akan menghantar mesej pengesahan transaksi bayaran telah berjaya dibuat secara SMS.


Nota :
Pengguna SMS yang bukan pengguna Internet perlu mendaftar sebagai pengguna Internet terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan kemudahan perbankan BankIslam.biz.
Pengguna SMS yang juga pengguna ATM tidak perlu mendaftar lagi di laman web BankIslam.biz untuk mendaftarkan no.akaun perseorangan pelajar (no.pelajar) & Nombor Kod “Payee Corporation”.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MRSM


8. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MAKTAB

Semua pelajar dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh MARA dan maktab. (Sila rujuk Buku Peraturan Maktab) (seperti di atas)

9. PERATURAN TAMBAHAN (Untuk Pelajar Bukan Islam)

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ditubuhkan khas untuk pelajar bumiputera yang berpotensi dalam bidang Sains dan Matematik. Oleh yang demikian teras peraturan yang ada di MRSM adalah berlandaskan budaya Melayu dan Islam. Bagi memastikan kehidupan yang harmoni di MRSM beberapa peraturan tambahan untuk pelajar Bukan Islam perlulah dipatuhi:

9.1. Segala jenis aktiviti keagamaan selain agama Islam tidak dibenarkan di dalam kawasan maktab.
9.2. Sebarang bentuk lambang keagamaan selain agama Islam tidak boleh dipamerkan di dalam kawasan maktab.
9.3. Segala bentuk tingkah laku dan percakapan yang boleh menyinggung sensitiviti agama, bangsa dan kaum adalah dilarang sama sekali.
9.4. Segala jenis makanan yang tidak halal, tidak dibenarkan dibawa masuk ke maktab.
9.5. Sebarang amalan keagamaan pada hujung minggu mestilah tidak menghalang pelajar daripada menyertai aktiviti maktab.(Mesti mendapat kebenaran Pengetua)
9.6. Pelajar Bukan Islam yang mendapat kebenaran menghadiri upacara keagamaan di luar maktab bertanggungjawab menyediakan sendiri kemudahan seperti pengangkutan dan sebagainya.
10. PROGRAM PENYESUAIAN DIRI BAGI PELAJAR BARU
Semua pelajar baru diwajibkan mengikuti Program Penyesuaian Diri yang diadakan di maktab.
11. UJIAN ASAS MATEMATIK
Semua pelajar baru perlu menduduki ujian asas Matematik yang akan dikendalikan oleh Jabatan Matematik. Pelajar diminta bersedia menduduki ujian ini.

BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN BANTUAN KEWANGAN


7. BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN BANTUAN KEWANGAN

7.1. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN

Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 270.00 hendaklah dibuat secara tunai sebelum pendaftaran di MRSM dan hendaklah menggunakan No. Pelajar yang tertera di sudut atas kanan surat tawaran rasmi. Sila rujuk lampiran 3 untuk mengetahui cara membuat bayaran.

BIL.
PERKARA
RM
CATATAN
1.
Yuran Extra-Mural Recreation
50.00
setahun
2.
Yuran Caruman
30.00
bulan pertama
3.
Insuran Kelompok
2.00
setahun
4.
Khidmat dobi
10.00
bulan pertama
5.
Saham Koperasi
21.00
setahun
6.
Yuran Muafakat
40.00
tahun pertama
7.
Pakej Orientasi
20.00
sekali
8.
Majalah Maktab
20.00
setahun
9.
Yuran Komputer
50.00
sekali
10.
Yuran Badan Wakil Pelajar  
7.00
setahun
11.
Bayaran Kertas Ujian
20.00
setahun
JUMLAH =    270.00


# JUMLAH YURAN TERTAKHLUK PADA TAHUN SEMASA , HARAP MAKLUM. 
YURAN KEMASUKAN TAHUN 2013 IALAH RM333.00


7.2. BERHENTI DARI MRSM
Sekiranya pelajar telah mendaftar diri di MRSM dan kemudiannya menarik diri atau berhenti, semua yuran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.

7.3. CARA MEMBUAT BAYARAN WANG CARUMAN
7.3.1. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk Wang Tunai, Wang Kiriman, Wang Pos atau Bank Draf atas nama Majlis Amanah Rakyat dan dibayar di pejabat MRSM berkenaan.
7.3. TUNGGAKAN YURAN
Sekiranya terdapat tunggakan yuran,

MARA berhak:
7.4.1. Menahan slip keputusan peperiksaan dan sijil peperiksaan pelajar.
7.4.2. Menggantungkan persekolahan pelajar pada semester berikutnya.

7.4. BANTUAN KEWANGAN
Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan boleh memohon dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Kewangan BKM01 yang disertakan dalam Buku Panduan ini sebanyak 2 salinan dan serahkan kepada Pengetua MRSM berkenaan pada hari pendaftaran. Hanya pelajar yang layak sahaja akan diberi Bantuan Kewangan.

BUKU TEKS&TAMBANG (MRSM)



5. BUKU TEKS

Semua pelajar akan dibekalkan dengan buku teks secara pinjaman dan perlu dikembalikan kepada pihak maktab pada setiap akhir tahun.



6.  TAMBANG (Bas/Keretapi Sahaja)

6.1. PELAJAR SEMENANJUNG MALAYSIA

MARA hanya menanggung tambang bas ekspres atau keretapi untuk pelajar pulang ke rumah pada setiap cuti semester (dari maktab ke rumah sahaja). Tambang untuk mendaftar, pergi dan balik ke maktab selepas cuti adalah tanggungan sendiri.

6.2. PELAJAR YANG BERASAL DARI SEMENANJUNG MALAYSIA TETAPI IBU BAPA BERTUGAS DI SABAH ATAU SARAWAK.

Tambang untuk mendaftar, pergi dan balik semasa cuti semester adalah tanggungan sendiri.

6.3. PELAJAR YANG BERASAL DARI SABAH ATAU SARAWAK TETAPI IBU BAPA BERTUGAS DI SEMENANJUNG MALAYSIA.

Tambang untuk mendaftar, pergi dan balik semasa cuti semester adalah tanggungan sendiri.YE :)

KEPERLUAN HARIAN (kemasukan ke MRSM)


4. KEPERLUAN HARIAN

Pelajar dikehendaki membawa barang-barang keperluan harian yang lain untuk kegunaan di maktab.

Rujuk lampiran 2.


LAMPIRAN 2-PAKAIAN DAN KEPERLUAN HARIAN BIL. PERKARA KUANTITI MINIMUM
WARNA/SAIZ

1. Pakaian Seragam Persekolahan 2 pasang Rujuk Lampiran 1
2. Pakaian Kebangsaan/Melayu 2 pasang Putih
3. Kasut sekolah 1 pasang Hitam (kulit, separuh kulit atau PVC), Kanvas tidak dibenarkan
4. Sarung Kaki (Stoking) 2 pasang Hitam
5. Baju T (Sukan) berkolar. Baju T (sukan) 2 helai Putih berkolar bagi perempuan mestilah berlengan panjang
6. Seluar Sukan 1 helai Warna gelap
7. Kasut Sukan 1 pasang Bebas
8. Peralatan Sukan seperti kayu hoki, Bebas Bebas
bola dll, jika ada
9. Songkok (Lelaki Islam) 1 buah Hitam
10. Telekung Sembahyang 1 pasang Putih (Perempuan Islam) 11. Sejadah 1 helai Bebas
12. Al-Quran (pelajar Islam) 1 naskah Bebas 13. Selipar 1 pasang Bebas 14. Bantal 1 biji Berukuran standard 15. Kain Cadar 2 helai Beli di maktab berkenaan 16. Sarung Bantal 2 helai Beli di maktab berkenaan
17. Kain Selimut 1 helai Bebas
18. Tuala Mandi 2 helai Bebas
19. Keperluan lain (berus gigi, ubat gigi, Bebas Bebas sabun, baldi dsbnya)
20. Pakaian Harian Luar Waktu Persekolahan 3 pasang Bebas "Jeans" dan “Corduroy" tidak dibenarkan 21. Kain tudung/telekung mini 2 helai Bebas (Perempuan Islam)

BARANG-BARANG SEPERTI YANG BERIKUT TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE MAKTAB : A. BARANG-BARANG KEMAS
B. TELEFON BIMBIT
C. BARANG-BARANG YANG BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA DAN MENGANCAM KESELAMATAN.


PERATURAN PAKAIAN PELAJAR MRSM


3. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR MRSM

Sila rujuk lampiran 1(di bawah :) )

Semua pelajar MRSM dikehendaki mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini. Antaranya termasuklah menamatkan pengajian di MRSM. Sekiranya peraturan ini dirasakan tidak dapat dipatuhi, pelajar dinasihatkan supaya tidak menerima tawaran kemasukan ke MRSM.


LAMPIRAN 1-PAKAIAN SERAGAM PELAJAR MRSM

Jenis-jenis pakaian  dan masa pemakaian  adalah seperti berikut;

Kod Pakaian Lelaki Perempuan

1. Pakaian Rasmi
   - Baju kemeja  lengan panjang warna ‘beige’ muda, tali leher maktab. 
     Seluar panjang warna cokelat, kasut kulit / PVC warna hitam, stoking pendek warna hitam dan tanda    
     nama.
    -Baju kurung warna ‘beige’ muda,  kain kurung warna cokelat, kasut kulit / PVC warna hitam, stoking    
     pendek warna hitam dan tanda nama.
2. Pakaian pilihan
    -Baju kemeja  lengan panjang warna biru muda, tali leher maktab. 
     Seluar panjang warna biru tua, kasut kulit / PVC warna hitam dan stoking  pendek warna hitam.
    -Baju kurung warna biru muda,  kain kurung warna biru tua, kasut kulit / PVC warna hitam dan stoking    
     pendek warna hitam.
3. Pakaian Sukan dan Permainan
    -‘Tight’ bawah lutut dan seluar pendek atau ‘track bottom’ warna gelap.  
      Baju T rumah sukan atau BajuT tanpa cetak.  Kasut sukan dan stoking.
    -‘Track bottom’ warna gelap, baju T rumah sukan atau baju T tanpa cetak berlengan panjang.  
      Kasut sukan dan stoking.
4. Pakaian Aktiviti Kokurikulum
   -Mengikut pakaian seragam yang  ditetapkan atau baju T berkolar tanpa cetak, berseluar panjang,  kasut  
    sukan dan stoking.
   -Mengikut pakaian seragam yang  ditetapkan atau baju kurung dan kain warna bebas atau baju T berkolar  
    lengan panjang tanpa cetak, ‘track bottom’ warna gelap, kasut sukan dan stoking.
5. Pakaian Pendidikan Jasmani
   -Baju T berkolar warna putih,  ‘track bottom’ warna hitam / biru gelap,  kasut kanvas warna putih dan  
    stoking putih.
   -Baju T berkolar warna putih berlengan panjang,  ‘track bottom’ warna hitam / biru gelap,  kasut kanvas  
    warna putih dan stoking putih.
6. Pakaian Waktu Prep (Petang)
   -Pakaian rasmi atau pakaian pilihan maktab  atau baju T atau baju kemeja dengan seluar panjang ‘slacks’,  
    kasut dan stoking.
   -Pakaian rasmi atau pakaian pilihan maktab  atau baju kurung warna bebas,  kasut dan stoking.
7. Pakaian Waktu Prep (Malam)
   -Baju Melayu warna putih atau baju kemeja, seluar ‘slacks’, kasut dan stoking  atau sandal.
   -Baju kurung warna bebas atau blaus berlengan dan skirt labuh bawah lutut (bagi bukan Islam),  kasut dan  
    stoking atau sandal.
8. Pakaian ‘Outing’
   -Pakaian rasmi atau pakaian pilihan atau batik atau baju T rasmi maktab serta seluar panjang warna    
    cokelat atau biru tua, kasut kulit atau PVC  warna hitam,  stoking hitam  dan tanda nama.
   -Pakaian rasmi atau pakaian pilihan atau batik rasmi maktab serta kasut kulit atau PVC warna hitam,   
    stoking hitam dan tanda nama.
9. Tutup Kepala
   -Songkok baldu berwarna hitam. Tudung berwarna putih, berbentuk segi tiga di hadapan dan belakang 
    serta dijahit di  depan(bercantum).
10. Pakaian Sembahyang Jumaat
   -Baju Melayu warna putih,  sampin rasmi maktab,  songkok baldu warna hitam. Kasut hitam dan stoking.


PERSIAPAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Persiapan ke MAKTAB

2.1. Pemeriksaan kesihatan
       Pemeriksaan kesihatan boleh dibuat atas perbelanjaan sendiri di :
 a) Hospital Kerajaan / Swasta
 b) Klinik Kerajaan / Swasta

# (swasta bole buat di PUSRAWI RM 60 ) @ Other klinik or hospital        
     swasta RM80.

2.2. Sila lengkapkan borang-borang di dalam buku borang-borang untuk diserahkan kepada maktab yang
       berikut dan bawa ke MRSM semasa pendaftaran

PERKARA LAMPIRAN
a) Surat Pengakuan Penerimaan/Penolakan Tawaran A
b) Laporan Kesihatan B(1), B(2)
c) Keizinan Pembedahan C
d) Maklumat Peribadi D
e) Keahlian Koperasi E
f) Kebenaran Menyertai Aktiviti Maktab F
g) Keizinan Rawatan dan Pembedahan Gigi G
h) Permohonan Bantuan Kewangan H

2.3. Pada hari pendaftaran anda dihendaki membawa perkara-perkara seperti yang berikut:

a) Resit asal bukti pembayaran yuran pendaftaran.

# YURAN= Boleh dibuat melalui beberapa cara di bank-bank tertentu samada ATM atau di kaunter, bole juga buat pembayaran di Pejabat Mara DAERAH masing2.

b) Salinan keputusan PMR yang telah disahkan benar. (Bagi kemasukan ke Tingkatan 4)
c) Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan benar. (Bagi kemasukan ke Tingkatan 1)
d) Salinan Surat Beranak yang telah disahkan benar.
e) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan benar.
f) 12 keping gambar berukuran pasport yang bertulis Nama dan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor     
    Surat Beranak anda di belakangnya. 
g) Buku Rekod Kesihatan Pelajar Kementerian Pelajaran - Kementerian Kesihatan.